Follow | Dashboard


Arims | enjoy your reading.

Entry | About | Board | Credit


♡ Debaran Hati Yang Berdup dap dup dap ♡

Jari jemari ligat menekan setiap punat2 keypad..ini baru permulaan..masih banyak yg perlu di tekan2 untuk menyusun setiap huruf2 menjadi perkataan dan perkataan menjadi ayat2 untuk menceritakan setiap kata2 hati di adaptasikan di curahkan dan diluahkan di lebaran putih ini...

Sejak kebelakangan ini..bermacam2 masalah bermacam2 perkara yang terjadi..kisah silam berulang , kisah baru muncul , kisah yg xabis dan xtau ape kesudahan.. hati ini tetap tabah mengharungi hari2 yg mendatang..

Namun dalam mengharungi hari2 yg bercampur gaul , berselirat , berputal , bersimpang , bersimpul dan terikat ketat tuhan masih memberikan detik2 indah..detik2 bahagia yg menjadi sinar menjadi penghias setiap awan2 yg kelam dengan sinar cahaya dan harapan..
Dengan harapan itu aku teruskan... yg sedih menjadi gembira.. yg muram mula mengukir senyuman.. bakal tiba saat yg di nantikan... beberapa hari cuma.. persiapan sudah di siapkan walaupun di benak cuma.. tidak dapat di gambarkan hati aku yg berbunga seperti sebuah taman yg di pernuhi bunga2 yg pelbagai yg bakal kembang mekar menanti kumbang2 yg dahagakan setiap rasa bunga2 yg ingin di kongsi dan mengembirakan semua pihak....
Adakah kumbang merasa ape yg bunga rasa ?? adakah kumbang bahagia seperti mana bunga bahagia di saat ini ?? walaupun kumbang dan bunga adalah 2 ciptaan yg berbeza namun bunga dan kumbang amat memerlukan antara satu sama lain.. bunga amat merindui kumbang..

Sejak bunga berkembang di musim lalu..kumbang pergi membuat bunga merindui separuh mati..kini kumbang bakal muncul lagi..hati bunga bahagia melihat kumbang berkeliaran terbang menghurung bunga yg wangi...yg sememangnya menanti sang kumbang..

Kini saat itu bakal muncul.. mmg tidak ku sabar seperti sang bunga dan kumbang.. mengharap masa yg di peruntukkan itu memadai walaupun sememang nye tidak akan pernah cukup..tapi aku ptt bersyukur saat indah tidak selalu menyebelahi keinginan ku..akan ku timang akan ku hargai.. aku amat menantikan apa yg akan bakal aku lalui..

Bertemankan suasana yg romantis , bertemankan cuaca yg dingin.. itukah yg akan aku lalui ? , itukan yg menanti ku ?p perlbagai soalan datang bertubi2 menghempas setiap otak dan benak ku..menjadikan pelbagai andai an pelbagai imaginasi yg xpasti..tidak dapat ku bayangkan melainkan aku melalui nya sendiri.. aku cuma perlu menanti dgn sabar..

Kekadang aku takut..antara bunga dan kumbang , dua dunia yg berbeza.. adakah kepasti an tidak akan dapat bersama itu jawapan yg utuh ?? yg kejap dah kukuh seakan tembok yg tidak dapat di tembus diruntuhkna malah di musnahkan dengan apa jua senjata.. adakah benar ?
hati semakin sayu..semakin sayu seperti bunga yg bakal layu..dan kelompak bunga 1 persatu gugur ke tanah..dan daun yg memberi hidup menatang serta menyanjung bunga ketika hidup dan kembang nya mula bertukar warna..mula kering dan hanyut di tiup sang angin lalu menyembah bumi.

Aku harus kuat.. hari2 yg mendatang bakal aku hadapi bakal aku tempuhi walaupun impian untuk bersama sang kumbang tidak kesampain namun aku tahu kumbang sentiasa bahagia dengan koloni2 nya.. apa yg bakal terjadi di hari mendatang tidak dapat aku tentukan melainkan itu semua kerja maha Pencipta yg sudah menentukan qada' dan qadar perjalanan , rezeki , jodoh onak dan duri serta hidup dan mati ku..

Cuma.. peluang yg ada harus aku rasai untuk menikmati bahagianya hidup betemankan sang kumbang yg terbang bebas..Dengan penuh rasa sabar dan setia..bahagia kan datang insya'Allah.

Older post / Newer post