Follow | Dashboard


Arims | enjoy your reading.

Entry | About | Board | Credit


Perlahan-lahan meninggalkan waktu menjadi secalit kenangan..
Ini bukan yang pertama kalinya.. ini bukan pengalaman pertama.. ini juga bukan kehendak hati yang dewasa.. ini adalah ketentuan-Nya..ketentuan yang maha ESA..
Sesungguhnya kebarangkalian untuk terjadi kisah seperti ini amat la jelas sekali.. namun,mungkin kedegilan atau pun kebodohan yang terlampau menyelubungi diri serta akal fikiran..

Bak ungkapan lama.. Yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran.. seorang yang waras xkan berfikir untuk menjadi seseorang yang sebegitu..Tapi aku?? apa yang sesuai untuk diri aku? Membiarkan pisang berbuah 300 400 kali?? Sesuai sesangat²!!...

Takpe.. ini mungkin dugaan yang perlu aku lalui sebelum mencapai kebahagian.. kikikiki.. bahagia la sangat.. xsemua orang lalui apa yang aku lalui ni.. best apa.. sesungguh nya kenangan itu ada pahit dan manis..  :P

Hari baik bulan baik dan penuh berkat ini.. Sesungguhnya aku merelakan semua ini terjadi.. dengan hati yang lapang dan ikhlas.. walaupun hati ni luka parah.. MASA pasti mengubat semuanya.. itu janji masa.semua ini bakal menjadi kenangan dalam tempoh hidup mati ku.. Berbahagia lah kamu sebelum aku.
*perit hati ini melepaskan apa yg amat di harapkan..
penantian yang sia-sia,apakah semuanya sama sahaja?




Apa pun.. ramadhan tahun ni pasti sedikit sebanyak berubah..dengan pertambahan ahli keluarga,pasti lagi seru.. menyeronokkan.. *agak-agak dengan umur yg sebegini ada lagi x yang nak hulur duit raya kat aku? ahak!!  aku yg perlu kuakan duit raya kot.. Insya'allah pasti ada rezeki budak²... dengan niat sedekah.
Selamat Berpuasa duhai sayang...





f/n : Semakin tipis kepercayaan aku terhadap golongan kamu..Mohon Allah swt beri petunjuk.. Amin YRA.



Older post / Newer post